Monday, June 29, 2009
Ladang 1 - Tanam Jagung
Sistem Tangki Fertigasi Kami
Untuk makluman anda, Wak Emeng menggunakan sistem pengairan secara manual di ladang beliau kerana Wak Emeng merupakan peladang sepenuh masa. Namun di Ladang Cili 2 di Jalan Jabar menggunakan sistem pengairan secara automatik dengan menggunakan timer untuk menjalankan pam. Terdapat 2 jenis pam yang digunakan :
- Pam Menolak
- Pam Sedut
Thursday, June 25, 2009
Ladang 1 - Bahagian Belakang
Tong Fiber untuk Projek Ikan
Lokasi projek ternakan ikan akan dibuat di 2 tempat, 1 berhampiran dengan rumah Wak Emeng dan 1 lagi di Pulau Carey yang kini dalam proses pembersihan ladang. Di Pulau Carey, projek ternakan ikan ini akan di usahakan bersama dengan Tok Mislam dan rakan-rakan.
Monday, June 22, 2009
Ladang Cili 2, Jalan Jabar suasana terkini
Belajar Ternakan Ikan Kerapu
Pada 10 Jun 09 yang lepas, Sifu Emeng telah pergi ke Terengganu untuk belajar ternakan ikan kerapu dalam kolam. Dalam 1 minggu Sifu Emeng berada di sana. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kerjasama ketika lawatan sambil belajar Sifu Emeng.
Sifu Emeng turun dalam kolam untuk bermanja dengan kerapu gergasi.
Monday, June 1, 2009
Ladang Cili 1 bahagian belakang-suasana terkini
Sifu Emeng dengan Tube Well nya
Assalamualaikum rakan petani sekian, kini Emeng sedang sibuk membina tube well untuk rakan-rakan petani di komuniti kami. Ladang Cili bahagian hadapan terbiar kerana sibuk dengan pembinaan tube wellnya, sebelum ini Emeng hanya menggunakan air perigi sebagai sumber air.
Pembinaan ini dibantu dengan rakan-rakan petani di komuniti kami, terima kasih di ucapkan kepada Halim Milatu (tauke kambing.net) dan mereka yang membantu secara langsung mahupun tidak.


Setelah 3 kali menggali air yang disedut bercampur dengan minyak. Kenapa? Silap-silap keluar minyak, kayo pakcik.
Kebun Wak Sharom, Jalan Jambu, Meru
Pada 25 Mei 2009 yang lepas, kami melawat ke ladang sayur Wak Sharom yang terletak di Jalan Jambu, Meru bersama dengan pegawai dari PPK Klang. Wak Sharom kini menanam Rock Melon di bahagian hadapan manakala cili pula di bahagian belakang ladang beliau.
Pokok Rock Melon yang kini telah berbuah dan menunggu masa untuk masak sepenuhnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)