projekmeru.blogspot.com

Showing posts with label Rakan Peladang. Show all posts
Showing posts with label Rakan Peladang. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Kebun Wak Sharom, Jalan Jambu, Meru

Pada 25 Mei 2009 yang lepas, kami melawat ke ladang sayur Wak Sharom yang terletak di Jalan Jambu, Meru bersama dengan pegawai dari PPK Klang. Wak Sharom kini menanam Rock Melon di bahagian hadapan manakala cili pula di bahagian belakang ladang beliau.Pokok Rock Melon yang kini telah berbuah dan menunggu masa untuk masak sepenuhnya.
Deretan anak pokok cili yang kini telah berbunga.
Dawai pancang yang kelihatan kukuh untuk mengikat anak pokok cili daripada patah atau bengkok apabila di tiup angin.
Teknik mengikat anak pokok cili dengan cara melilit batangnya.
Pam air yang digunakan oleh Wak Sharom untuk mengepam air dari parit yang berhampiran, ini kerana cubaan sebanyak 3 kali untuk menggali tube well telah gagal.

Thursday, May 28, 2009

Lawatan ke Kebun Cili Wak Amanat

Wak Amanat di antara rakan petani yang menanam cili di dalam komuniti kami di sini. Dengan keluasan tanah yang di sewa seluas 3 ekar, beliau telah menanam 6000++ pokok cili di Kampung Bukit Cherakah.

Sifu Emeng sedang meninjau-ninjau akan hasil usaha Wak Amanat bersama pekerja-pekerjanya.

Jumlah kutipan hasil dalam 1 hari yang telah dikumpulkan oleh pekerja Wak Amanat.

Saturday, May 9, 2009

Ladang Cili Wak Ahmad di Bukit Cherakah

Ladang Wak Ahmad di antara ladang cili yang kami pantau. Lawatan Tuan Hj Hasan ke ladang sewaktu kami sedang menjalankan kerja pemindahan anak pokok cili.
Kerja pemasangan pam air, ladang ini menggunakan kolam tadahan air untuk sistem pengairan mereka. Sumber air di dapati dari air mata air dari bukit yang berhampiran.
Azmi Ahmad (baju kuning) di antara petani termuda dalam bidang penanaman cili di dalam komuniti kami di sini.
Ladang cili mereka berkonsep penanaman cili di atas tanah menggunakan sistem pengairan titis.
Kapasiti pokok cili yang boleh ditanam adalah sebanyak 3000++ pokok.