projekmeru.blogspot.com

Showing posts with label Jalan Surau Sebaya. Show all posts
Showing posts with label Jalan Surau Sebaya. Show all posts

Sunday, July 5, 2009

Pemandangan Terkini Di Jalan Surau Sebaya

Kini Wak Emeng telah siap menanam anak pokok jagung, petola dan juga peria. Kepelbagaian tanaman penting kerana harga pasaran sayur dari hari ke hari tidak menentu, oleh itu dengan kepelbagaian tanaman dapat membantu menimbang balik modal pulangan dan keuntungan petani.



Monday, June 29, 2009

Ladang 1 - Tanam Jagung

Ladang 1 bahagian belakang kini telah siap diselenggarakan dan sebanyak 300 polibeg telah siap dan pemindahan anak pokok boleh di lakukan. Bersama Wak Emeng ketika peninjauan.
Polibeg yang telah siap disusun, buluh pancang telah didirikan, dawai pancang telah siap diikat.
Proses pemindahan anak benih jagung ke polibeg.

Thursday, June 25, 2009

Ladang 1 - Bahagian Belakang

Kini di bahagian belakang ladang, Wak Emeng sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih keadaan ladang untuk projek akan datang. Polobeg baru di buat untuk menukar dan menambah bilangan pokok yang bakal di tanam.
Polibeg yang sudah siap untuk di pindahkan ke ladang.
Pancang buluh di gunakan kerana kos yang murah dan juga mudah untuk di pasang.

Monday, June 1, 2009

Ladang Cili 1 bahagian belakang-suasana terkini

Pokok-pokok cili bahagian belakang di Ladang Cili 1 kami telah habis kami keluarkan dari polibeg, ini kerana telah melebihi tempoh 7 bulan. Jika dibiarkan memang pokok-pokok cili ini akan mengeluarkan hasil akan tetapi kualiti cili yang dikeluarkan tidak lagi bermutu.
Tunggu untuk proses pembersihan rumput pula.
Pokok-pokok cili yang telah dikumpulkan dan akan dibakar kelak untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit ke pokok sayur yang akan di tanam kemudian.
Kawasan belakang sudah siap dibersihkan sepenuhnya untuk projek seterusnya akan tetapi Sifu Emeng sedang sibuk membina tube well untuk rakan-rakan petani di komuniti kami.
Rumah pengisian media ke dalam polibeg baru sedang dijalankan.

Saturday, May 9, 2009

Projek terkini M Two Technic & Service

Kini Sifu Emeng sedang membuat eksperimen penanaman limau kasturi.


Rumah hijau kalis serangga kami untuk penyemaian benih cili.

Ladang Cili 1 suasana terkini

Ladang Cili 1 bahagian hadapan, 500++ pokok cili yang kini dalam pembesaran buah cili.

Lebat berbuah cili, ini diantara pokok cili kami.
Pokok cili yang terkena jangkitan VIRUS KERINTING.

Wednesday, May 6, 2009

Bahagian Depan Ladang Cili 1

Bahagian depan Ladang Cili 1 kami. Pemindahan anak pokok dilakukan setelah proses pemasagan dan pemindahan anak pokok cili siap dilakukan di Ladang Cili 2 kami. Kini bahagian depan dalam proses pembesaran buah.

Tapak Semaian Cili

Tapak semaian kami di bina dengan jaring kalis serangga untuk memastikan benih cili tidak diserang serangga sewaktu tempoh semaian benih cili.Kami juga menerima tempahan untuk anak pokok cili.Anak pokok cili untuk bahagian depan Ladang Cili 1 dan Ladang Cili 2 di Jalan Jabar, Meru.

Ladang Cili 1, Jalan Surau Sebaya, Kg Bukit Kapar


Ladang Cili 1 kami yang terletak di Jalan Surau Sebaya, Kg Bukit Kapar. Ladang ini terbahagi kepada dua bahagian, bahagian depan (500++) & belakang (700++). Anggaran jumlah keseluruhan pokok cili 1200++ pokok. Bahagian depan kini di dalam peringkat pembesaran buah, manakala bahagian belakang kini sudah mula menuai hasil cili. Anggaran tuaian bahagian belakang 40kg sehari.

Hamizi sedang melawat ladang kami sambil melihat hasil tanaman cili kami.
Penghasilan buah cili yang cantik dan berkualiti setelah ia di jaga dengan teliti.