projekmeru.blogspot.com

Monday, June 29, 2009

Lawatan ke Cameron Highland - 21 Jun 2009

Pada 21 Jun yang lepas kami telah membuat lawatan ke 1 ladang sayur yang menggunakan sistem hidroponik. Kelihatan daun sayur salad yang menggeramkan, memang hijau dan kelihatan sihat.
Air baja sentiasa mengalir dan air limpahan dari palong ini terus dikitar menggunakan pam.
Bahagian di mana air baja mula memasuki palong, dari paip ke tubing.
Limpahan air dari palong di tadah dan di tapis sebelum di pam semula.
Bahagian dalam palong.

Ladang 1 - Tanam Jagung

Ladang 1 bahagian belakang kini telah siap diselenggarakan dan sebanyak 300 polibeg telah siap dan pemindahan anak pokok boleh di lakukan. Bersama Wak Emeng ketika peninjauan.
Polibeg yang telah siap disusun, buluh pancang telah didirikan, dawai pancang telah siap diikat.
Proses pemindahan anak benih jagung ke polibeg.

Sistem Tangki Fertigasi Kami

Untuk makluman anda, Wak Emeng menggunakan sistem pengairan secara manual di ladang beliau kerana Wak Emeng merupakan peladang sepenuh masa. Namun di Ladang Cili 2 di Jalan Jabar menggunakan sistem pengairan secara automatik dengan menggunakan timer untuk menjalankan pam. Terdapat 2 jenis pam yang digunakan :
  1. Pam Menolak
  2. Pam Sedut

Ini adalah Pam jenis menolak.

Ini merupakan pam jenis menyedut.
Untuk pengetahuan anda kedua-dua jenis pam ini boleh digunakan kerana fungsinya sama. Tetapi pada hakikatnya aplikasinya berbeza, Pam jenis menolak mempunyai daya sedut yang kurang manakala daya tolakannya tinggi. Pam jenis sedut pula mempunyai daya sedut yang tinggi akan tetapi daya tolakan yang rendah.
Tujuan paip ini dipasang sama ada sebelum atau selepas pam adalah untuk menghilangkan daya vakum yang terdapat di dalam sistem pengairan, anda hanya perlu membukanya sedikit sahaja. Ini kerana jika tanpa paip, daya vakum yang terdapat di dalam sistem pengairan boleh menyebabkan air atau baja terus disedut secara perlahan ke tanaman.

Thursday, June 25, 2009

Ladang 1 - Bahagian Belakang

Kini di bahagian belakang ladang, Wak Emeng sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih keadaan ladang untuk projek akan datang. Polobeg baru di buat untuk menukar dan menambah bilangan pokok yang bakal di tanam.
Polibeg yang sudah siap untuk di pindahkan ke ladang.
Pancang buluh di gunakan kerana kos yang murah dan juga mudah untuk di pasang.

Tong Fiber untuk Projek Ikan

Selepas Wak Emeng pulang dari Terengganu, Wak terus menempah 3 tong fiber untuk projek percubaan ternakan ikan kerapu dan siakap dalam tangki.

Lokasi projek ternakan ikan akan dibuat di 2 tempat, 1 berhampiran dengan rumah Wak Emeng dan 1 lagi di Pulau Carey yang kini dalam proses pembersihan ladang. Di Pulau Carey, projek ternakan ikan ini akan di usahakan bersama dengan Tok Mislam dan rakan-rakan.
Nampaknya ladang cili di bahagian menjadi korban Wak Emeng untuk projek ternakan ikan ini.

Monday, June 22, 2009

Ladang Cili 2, Jalan Jabar suasana terkini

Setelah 4 bulan beroperasi inilah hasil usaha kami di Ladang Cili 2 kami di Jalan Jabar, Meru. Ladang kami juga tidak terlepas dari serangan virus mozek atau kerinting.
Pandangan dari bahagian belakang, pokok cili kami kini purata setinggi 4 kaki, baja EC kini 3.0 dan ada juga baja dan teknik tambahan yang kami gunakan.
Syukur, Alhamdulillah. Pada 19 Jun 09 yang lepas kami menuai hasil 35kg cili. Untuk pengetahuan pelawat blog ini, kami mula menuai pada 30 Mei 09, dan jumlah tuaian cili kami sehingga 22 Jun 09 telah mencecah 290kg. Jumlah pokok kami 440 pokok, purata pengeluaran 1 pokok cili kini 0.65kg. Sasaran kami untuk bulan Jun 09 ialah 400kg.

Belajar Ternakan Ikan Kerapu

Pada 10 Jun 09 yang lepas, Sifu Emeng telah pergi ke Terengganu untuk belajar ternakan ikan kerapu dalam kolam. Dalam 1 minggu Sifu Emeng berada di sana. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kerjasama ketika lawatan sambil belajar Sifu Emeng.Sifu Emeng turun dalam kolam untuk bermanja dengan kerapu gergasi.
Sifu Emeng sedang memandikan ikan kerapu gergasi yang di anggarkan seberat 140kg.
Ikan kerapu gergasi ini merupakan induk untuk pembenihan.
Ikan kerapu yang telah matang, sesuai untuk di makan.
Benih anak ikan kerapu yang di hasilkan daripada pembenihan sendiri.

Monday, June 1, 2009

Ladang Cili 1 bahagian belakang-suasana terkini

Pokok-pokok cili bahagian belakang di Ladang Cili 1 kami telah habis kami keluarkan dari polibeg, ini kerana telah melebihi tempoh 7 bulan. Jika dibiarkan memang pokok-pokok cili ini akan mengeluarkan hasil akan tetapi kualiti cili yang dikeluarkan tidak lagi bermutu.
Tunggu untuk proses pembersihan rumput pula.
Pokok-pokok cili yang telah dikumpulkan dan akan dibakar kelak untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit ke pokok sayur yang akan di tanam kemudian.
Kawasan belakang sudah siap dibersihkan sepenuhnya untuk projek seterusnya akan tetapi Sifu Emeng sedang sibuk membina tube well untuk rakan-rakan petani di komuniti kami.
Rumah pengisian media ke dalam polibeg baru sedang dijalankan.

Sifu Emeng dengan Tube Well nya

Assalamualaikum rakan petani sekian, kini Emeng sedang sibuk membina tube well untuk rakan-rakan petani di komuniti kami. Ladang Cili bahagian hadapan terbiar kerana sibuk dengan pembinaan tube wellnya, sebelum ini Emeng hanya menggunakan air perigi sebagai sumber air.Pembinaan ini dibantu dengan rakan-rakan petani di komuniti kami, terima kasih di ucapkan kepada Halim Milatu (tauke kambing.net) dan mereka yang membantu secara langsung mahupun tidak.
Setelah menggali untuk kali kedua dan hampir 60 kaki, 3 batang pvc 2" baru Emeng menjumpai sumber air.
Air yang sedia untuk di pam, akan tetapi belum siap sepenuhnya. Air yang disedut perlu di hantar ke makmal untuk di uji kandungannya. Lesen dari Jabatan Galian perlu jika anda ingin menggunakan tube well, hanya RM 25 setahun kalau tak silap saya.
Cuba mencari sumber air di rumah Dato' Ramli, Batu 8, Bukit Kapar.

Setelah 3 kali menggali air yang disedut bercampur dengan minyak. Kenapa? Silap-silap keluar minyak, kayo pakcik.

Kebun Wak Sharom, Jalan Jambu, Meru

Pada 25 Mei 2009 yang lepas, kami melawat ke ladang sayur Wak Sharom yang terletak di Jalan Jambu, Meru bersama dengan pegawai dari PPK Klang. Wak Sharom kini menanam Rock Melon di bahagian hadapan manakala cili pula di bahagian belakang ladang beliau.Pokok Rock Melon yang kini telah berbuah dan menunggu masa untuk masak sepenuhnya.
Deretan anak pokok cili yang kini telah berbunga.
Dawai pancang yang kelihatan kukuh untuk mengikat anak pokok cili daripada patah atau bengkok apabila di tiup angin.
Teknik mengikat anak pokok cili dengan cara melilit batangnya.
Pam air yang digunakan oleh Wak Sharom untuk mengepam air dari parit yang berhampiran, ini kerana cubaan sebanyak 3 kali untuk menggali tube well telah gagal.