projekmeru.blogspot.com

Thursday, May 28, 2009

Baja Fertigasi Set A + B = RM 145

Kini kami telah mampu membekalkan anda baja fertigasi set A dan B pada harga RM 145 untuk 1 set baja.
Zink Chelate - Adalah unsur nutrient micro yang membantu membina DNA pokok. Kekurangan unsur ini menyebabkan daun pokok bantut sekaligus mengurangkan proses fotosintesis dan pembesaran pokok.
Ferum Chelate - Ia juga di kenali sebagai Iron @ Zat Besi yang membantu proses fotosintesis, kekurangan unsur ini boleh menyebabkan nikrosis dan klorosis ( daun menjadi kuning ).
Mangan Chelate - Juga unsur micro yang membantu pembinaan kloroplas, kekurangan unsur ini juga boleh menyebabkan daun muda menjadi kekuningan.
Boron - Juga unsur mikro yang betugas untuk membawa gula, pembinaan sel dan mensintesiskan beberapa enzim, kekurangan unsur ini boleh menyebabkan nikrosis pada daun muda.

Untuk pengetahuan anda, bukan unsur di atas sahaja yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup, terdapat 13 unsur yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu unsur makro dan unsur mikro.

Unsur makro terdiri daripada Nitrogen, Potassium, Calsium, Phosphorus, Magnesium dan Sulfur. Manakala unsur mikro pula terdiri daripada Boron, Iron, Manganese, Zinc, Copper, Molybdenum dan Nickel.

Setiap unsur mempunyai peranan masing-masing dalam tumbesaran sepohon pokok, dari akar hingga ia berbuah. Kekurangan salah satu unsur boleh menyebabkan tumbesaran pokok tidak seimbang sekaligus boleh menyebabkan pokok mati, bantut, tidak berbuah dan sebagainya.

Lawatan ke Kebun Cili Wak Amanat

Wak Amanat di antara rakan petani yang menanam cili di dalam komuniti kami di sini. Dengan keluasan tanah yang di sewa seluas 3 ekar, beliau telah menanam 6000++ pokok cili di Kampung Bukit Cherakah.

Sifu Emeng sedang meninjau-ninjau akan hasil usaha Wak Amanat bersama pekerja-pekerjanya.

Jumlah kutipan hasil dalam 1 hari yang telah dikumpulkan oleh pekerja Wak Amanat.

Ladang Cili 2 - 77 Hari

Pokok cili yang menghijau sedang lebat berbuah, anggaran masa tuai kemuncak lagi 2 minggu.
Pokok-pokok cili kami berjaya mengharungi musim panas, syukur Alhamdulillah.
Buah cili yang pertama berbuah kini sudah mula merah = masak.
Kami sedang menghitung hari untuk mula menuai.
Saiz buah cili yang pertama berbuah setelah merah.

Saturday, May 9, 2009

Ladang Cili Wak Ahmad di Bukit Cherakah

Ladang Wak Ahmad di antara ladang cili yang kami pantau. Lawatan Tuan Hj Hasan ke ladang sewaktu kami sedang menjalankan kerja pemindahan anak pokok cili.
Kerja pemasangan pam air, ladang ini menggunakan kolam tadahan air untuk sistem pengairan mereka. Sumber air di dapati dari air mata air dari bukit yang berhampiran.
Azmi Ahmad (baju kuning) di antara petani termuda dalam bidang penanaman cili di dalam komuniti kami di sini.
Ladang cili mereka berkonsep penanaman cili di atas tanah menggunakan sistem pengairan titis.
Kapasiti pokok cili yang boleh ditanam adalah sebanyak 3000++ pokok.

Projek terkini M Two Technic & Service

Kini Sifu Emeng sedang membuat eksperimen penanaman limau kasturi.


Rumah hijau kalis serangga kami untuk penyemaian benih cili.

Ladang Cili 1 suasana terkini

Ladang Cili 1 bahagian hadapan, 500++ pokok cili yang kini dalam pembesaran buah cili.

Lebat berbuah cili, ini diantara pokok cili kami.
Pokok cili yang terkena jangkitan VIRUS KERINTING.

Ladang Cili 2 suasana terkini

Gambar terkini Ladang Cili 2 kami yang kini dalam proses pembesaran buah. Jumlah pokok cili 400++ pokok. Pokok-pokok ini berumur 59 hari.

Di antara pokok cili yang dalam proses pembesaran buah.
Ladang cili kami juga tidak terlepas dari serangan VIRUS KERINTING. Sepanjang penglibatan kami di dalam projek penanaman cili fertigasi, tiada satu pun ladang cili yang tiada jangkitan virus ini.

26 April 09 Lawatan ke Cameron Highland Part I

Lawatan ke Cameron Highland kami bertujuan untuk mempelajari teknik dan strategi penanaman sayur dari para petani di sana untuk di adaptasikan di kawasan tanah rata (Daerah Klang). Cameron kini berada di dalam musim panas, tetapi angin yang meniup tetap juga sejuk.
Keluasan tanah yang di pajak adalah seluas +/- 10 ekar untuk penanaman sayur sahaja.

2 dalam 1, 2 jenias tanaman di tanam di atas batas yang sama.

26 April 09 Lawatan ke Cameron Highland Part II

Pokok sayur tomato yang di biarkan tanpa meracun.


Pokok sayur terung yang sudah berumur +/- 2 tahun, masih lagi berbuah.

Wednesday, May 6, 2009

Bahagian Depan Ladang Cili 1

Bahagian depan Ladang Cili 1 kami. Pemindahan anak pokok dilakukan setelah proses pemasagan dan pemindahan anak pokok cili siap dilakukan di Ladang Cili 2 kami. Kini bahagian depan dalam proses pembesaran buah.

Bunga Pertama Di Ladang Cili 2




Ladang Cili 2, Jalan Jabar, Meru

Kerja-kerja pemasangan set fertigasi sedang dilakukan di Ladang Cili 2 kami, anggaran 400++ pokok cili yang kini dalam proses pembesaran buah.

Setelah kerja-kerja pemasangan siap, pemindahan anak pokok cili siap dilakukan.
Pemerikasaan dan tinjauan oleh tauke Ladang Cili 2 kami.