projekmeru.blogspot.com

Thursday, May 28, 2009

Baja Fertigasi Set A + B = RM 145

Kini kami telah mampu membekalkan anda baja fertigasi set A dan B pada harga RM 145 untuk 1 set baja.
Zink Chelate - Adalah unsur nutrient micro yang membantu membina DNA pokok. Kekurangan unsur ini menyebabkan daun pokok bantut sekaligus mengurangkan proses fotosintesis dan pembesaran pokok.
Ferum Chelate - Ia juga di kenali sebagai Iron @ Zat Besi yang membantu proses fotosintesis, kekurangan unsur ini boleh menyebabkan nikrosis dan klorosis ( daun menjadi kuning ).
Mangan Chelate - Juga unsur micro yang membantu pembinaan kloroplas, kekurangan unsur ini juga boleh menyebabkan daun muda menjadi kekuningan.
Boron - Juga unsur mikro yang betugas untuk membawa gula, pembinaan sel dan mensintesiskan beberapa enzim, kekurangan unsur ini boleh menyebabkan nikrosis pada daun muda.

Untuk pengetahuan anda, bukan unsur di atas sahaja yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup, terdapat 13 unsur yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu unsur makro dan unsur mikro.

Unsur makro terdiri daripada Nitrogen, Potassium, Calsium, Phosphorus, Magnesium dan Sulfur. Manakala unsur mikro pula terdiri daripada Boron, Iron, Manganese, Zinc, Copper, Molybdenum dan Nickel.

Setiap unsur mempunyai peranan masing-masing dalam tumbesaran sepohon pokok, dari akar hingga ia berbuah. Kekurangan salah satu unsur boleh menyebabkan tumbesaran pokok tidak seimbang sekaligus boleh menyebabkan pokok mati, bantut, tidak berbuah dan sebagainya.

1 comment: