projekmeru.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Utara

Selepas selesai melawat kolam ternakan ikan dan udang di PPK Chenaam, kami terus berangkat ke jeti untuk melawat ternakan ikan sangkar LPPN Pulau Pinang yang terletak berhampiran dengan Pulau Aman.
Pemandangan dari tempat pembelian tiket bot ke Pulau Aman.
Kami sempat bersembang dengan Tuan Said salah seoreng pegawai LPP Pusat yang turut terlibat dengan lawatan ini. Dari kanan, Tuan Said, Hj Abdul Halim, Wak Emeng, Driver dan Tok Mislam.
Ternakan ikan sangkar yang di usahakan oleh 4 usahawan tempatan yang di pantau terus oleh pihak LPPN Pulau Pinang.
Bot yang membawa kami ke sangkar usahawan.

Terdapat 100 sangkar di sini yang di usahakan oleh 4 usahawan tersebut.
Tuan Hj Hasan dan Wak Emeng diberikan penerangan tentang projek mereka oleh salah seorang pegawai dari LPPN Pulau Pinang.

Kami terpegun melihat ika kerapu harimau yang hampir matang.
Selepas selesai, kami meneruskan lawatan kami ke projek asuhan benih yang di usahakan oleh PPK Sg. Petani, Kedah.

Kolam asuhan benih ikan siakap yang di usahakan oleh PPK Sg. Petani.


Benih ikan siakap.
Kolam ternakan yang bakal di baik pulih.

Lawatan Ke PPK Sg Chenaam, Pulau Pinang.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pelawat blog ini. Pada 5 Julai 2009 yang lepas Wak Emeng telah pergi membuat lawatan sambil belajar ke 3 tempat projek ikan milik LPP iaitu :-
  • Projek ikan kolam milik PPK Sg Chenaam, Pulau Pinang
  • Projek ikan sangkar milik LPPN Pulau Pinang berhampiran Pulau Aman
  • Projek ikan milik PPK Sg Petani, Kedah
Tujuan utama lawatan sambil belajar adalah untuk menambah lagi ilmu tentang penternakan ikan air payau yang bakal Wak lakukan.

Wak Emeng bersama Hj Abdul Halim dan Tok Mislam.
Lori dari Johor yang membawa benih ikan siakap yang akan di masukkan ke kolam ternakan.

Kolam ternakan ikan yang di usahakan oleh PPK Sg. Chenaam.



Tuan Haji Hasan turut hadir untuk melepaskan anak benih ikan siakap yang di bawa dari Johor.
Wak Emeng bersama pegawai akuakultur LPP Pusat, Firzahadi sedang berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang ilmu dan pandangan masing-masing.
Wak Emeng bersama Tok Mislam yang bakal bekerjasama dalam penternakan ikan air payau.
Pam berkuasa enjin yang diubah suai untuk menyedut air ke dalam kolam ternakan.

Sunday, July 5, 2009

Pemandangan Terkini Di Jalan Surau Sebaya

Kini Wak Emeng telah siap menanam anak pokok jagung, petola dan juga peria. Kepelbagaian tanaman penting kerana harga pasaran sayur dari hari ke hari tidak menentu, oleh itu dengan kepelbagaian tanaman dapat membantu menimbang balik modal pulangan dan keuntungan petani.



Aktiviti PengGREDan Cili

Semalam Wak Emeng telah mangambil 70kg++ cili daripada para petani cili di kawasan komuniti kami. Penggredan cili terus di lakukan sebelum ianya di hantar ke Pasar Besar Klang.
Tuan Hj Hasan juga turun padang membantu Wak Emeng menggredkan cili.
Cili yang telah siap di gred dan menunggu masa untuk di hantar ke pasar, harga terkini jualan terus dari ladang ke pasar RM 5 sekilo.