projekmeru.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Utara

Selepas selesai melawat kolam ternakan ikan dan udang di PPK Chenaam, kami terus berangkat ke jeti untuk melawat ternakan ikan sangkar LPPN Pulau Pinang yang terletak berhampiran dengan Pulau Aman.
Pemandangan dari tempat pembelian tiket bot ke Pulau Aman.
Kami sempat bersembang dengan Tuan Said salah seoreng pegawai LPP Pusat yang turut terlibat dengan lawatan ini. Dari kanan, Tuan Said, Hj Abdul Halim, Wak Emeng, Driver dan Tok Mislam.
Ternakan ikan sangkar yang di usahakan oleh 4 usahawan tempatan yang di pantau terus oleh pihak LPPN Pulau Pinang.
Bot yang membawa kami ke sangkar usahawan.

Terdapat 100 sangkar di sini yang di usahakan oleh 4 usahawan tersebut.
Tuan Hj Hasan dan Wak Emeng diberikan penerangan tentang projek mereka oleh salah seorang pegawai dari LPPN Pulau Pinang.

Kami terpegun melihat ika kerapu harimau yang hampir matang.
Selepas selesai, kami meneruskan lawatan kami ke projek asuhan benih yang di usahakan oleh PPK Sg. Petani, Kedah.

Kolam asuhan benih ikan siakap yang di usahakan oleh PPK Sg. Petani.


Benih ikan siakap.
Kolam ternakan yang bakal di baik pulih.

No comments:

Post a Comment