projekmeru.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Lawatan Ke PPK Sg Chenaam, Pulau Pinang.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pelawat blog ini. Pada 5 Julai 2009 yang lepas Wak Emeng telah pergi membuat lawatan sambil belajar ke 3 tempat projek ikan milik LPP iaitu :-
  • Projek ikan kolam milik PPK Sg Chenaam, Pulau Pinang
  • Projek ikan sangkar milik LPPN Pulau Pinang berhampiran Pulau Aman
  • Projek ikan milik PPK Sg Petani, Kedah
Tujuan utama lawatan sambil belajar adalah untuk menambah lagi ilmu tentang penternakan ikan air payau yang bakal Wak lakukan.

Wak Emeng bersama Hj Abdul Halim dan Tok Mislam.
Lori dari Johor yang membawa benih ikan siakap yang akan di masukkan ke kolam ternakan.

Kolam ternakan ikan yang di usahakan oleh PPK Sg. Chenaam.



Tuan Haji Hasan turut hadir untuk melepaskan anak benih ikan siakap yang di bawa dari Johor.
Wak Emeng bersama pegawai akuakultur LPP Pusat, Firzahadi sedang berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang ilmu dan pandangan masing-masing.
Wak Emeng bersama Tok Mislam yang bakal bekerjasama dalam penternakan ikan air payau.
Pam berkuasa enjin yang diubah suai untuk menyedut air ke dalam kolam ternakan.

No comments:

Post a Comment